Double Chocolate Muffin

Image may contain: food

bahan-bahan : 
1 3/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan serbuk koko
3/4 cawan gula halus
2 biji telur saiz besar - suhu bilik
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan minyak
1/2 cawan susu cair
1/3 cawan yogurt
1 1/4 cawan chocolate chips

cara-cara :
1. Ayak tepung & baking powder. Ketepikan.
2. Kacau telur & gula hingga sebati.
3. Masuk kan kesemua bahan-bahan lain (kecuali tepung & chocolate chips), kacau rata.
4. Masuk kan tepung & chocolate chips. Kacau hanya sekadar bercampur. Jgn terlebih menggaul kerana muffin akan menjadi tidak lembut.
5. Isikan adunan kedalam mangkuk muffin atau acuan muffin yg telah disapu dgn sedikit butter atau minyak. Isi hingga paras 3/4.
6. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga masak (bergantung pada oven masing-masing).

0 Response to "Double Chocolate Muffin"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel